Sekapur Sirih

Rasa syukur tiada hingga kami rafa’kan setinggi ke hadhirat Ilahi Rabbi Rabbul Izzati. Dengan izinNya lahir dipersada minda portal kecil ini. Tentu sudah banyak sekali dikanzan yang seperti ini.
Sungguh portal ini bukanlah yang bagus mana pun peri. Atas kurnia Allah dengannya kami berbesar hati. Kerana hadirnya dari penat lelah jerih perih setiap ahli. Wadah Muzakarah satu-satu nya whatsapp group yang kami terajui.

Dibentuk oleh anak Haji Abdul Jabbar bernama Zuraimi. Kebanyakkan dari ahli-ahli nya terdiri dari murid-murid kami. Dan beberapa orang asatizah lokal dan luar Negeri. Juga ahli-ahli yang punya kepakaran tersendiri.

Berbeza professi baik duniawi mahupun ukhrawi kerana memang Wadah Muzakarah ini adalah layaknya seperti akademi ilmi. Mendakwah orang belajar dan memperkasa diri. Kerana tidak semua perkara seorang pun yang tahu pasti matlamatnya menghalus rasa menyebar pelusuk bumi.

Setentunya dalam portal kecil ini terdapat banyak kesilapan kami. Yang kurang segala serbi seperti pepatah menata erti. Duduk tak sama rendah Berdiri tak sama tinggi.

Seandai bertemu dalam portal, yang cetek mohon diperdalami. Yang sendeng mohon dipertepati dan Yang kurang mohon ditambahi. Niat di hati ingin terus bermadah lagi. Apakan daya hamba yang dhaif Mohon berundur diri.

Hendak memepah hari lah petang,
Hendak berjalan malam lah larut,
Hendak berpisah hati tak tenang,
Hendak sepergian belumlah patut.

Tenaga Pengajar WM

Ustaz Nasron Pariman

Kelas Ahad – Kelas Hadis – Kelas Simei – Kelas Sabtu

Mustafa

Kelas Bahasa Arab

Ustaz Agus Salim Hasanudin

Kelas Nahu & Sorof (Rabu)

Ustadz Ahmad Fauzi Ridwan Al-Hafiz

Kelas Talaqi Al-Quran

Admin WM

Puan Hamidah Nasron

Admin

Puan Leila Nasron

Admin/Accountant

Tuan Muhammad Fahmi Nasron

Admin

Tuan Wafei Hidayat Nasron

Admin

Cik Eileen

Admin

Puan Waty Zin

Admin

Tuan Talib

Library/Host Zoom

Tuan Zambri

Host Zooming

Tuan Dharmadi

Host Zooming

Tuan Selamat

Host Zooming

Tuan Rasyid

Host Zooming

Tuan Haslan

Webmaster